awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar dedah bukti Pas bayar Clare RM1 juta malam ini

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
27/02/2019
10:34 MYT
Anwar dedah bukti Pas bayar Clare RM1 juta malam ini
Jelas Anwar, beliau mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa Pas ada membayar editor Sarawak Report itu. -foto Shahir, Astro AWANI
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan mendedahkan bukti Pas membayar lebih RM1 juta kepada Clare Rewcastle Brown dalam satu ceramah di Semenyih malam ini.
Jelasnya, beliau mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa Pas ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.
“Saya baca seluruh prosiding daripada keputusan mahkamah, tidak dibangkitkan oleh Clare Rewcastle Brown ialah dana UMNO kepada Pas.
“Kemudian Pas menafikan disaman dan seterusnya mendapat persetujuan bersama Rewcastle tetapi bon itu tidak ditarik balik.
BACA: Pas bayar lebih RM1 juta kepada editor Sarawak Report?
“Ia aneh sebab saya tahu bahawa penyelesaian bagi kes-kes saman sivil ialah kita tarik balik, permintaan maaf atau pun kes itu dipadamkan. Hal itu menyebabkan saya kurang yakin bahawa ada persetujuan utk Clare menafikan atau membatalkan,” kata Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-33.
Turut hadir menyampaikan hadiah ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Pengerusi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-33, Datuk Zulkefli Hamzah serta sasterawan-sasterawan negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Clare Rewcastle Brown
#dana RM90 juta
#dana UMNO kepada Pas
#kes saman
#Pas bayar Sarawak Report
#penyelesaian luar mahkamah
#Sarawak Report
#tarik balik saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan