Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Chegubard dilihat bermimpi di siang hari selain kini 'menjilat' hinaan yang pernah diberi kepada bekas perdana menteri itu.
"Apa 'level' dia hendak ajak Dr Mahathir berdialog? Che Gu Bard ini sudah ditolak PKR dan kini sedang menjilat ludahnya sendiri serta cuba mempertahankan orang yang dia maki-hamun dengan pelbagai tuduhan sewaktu aktif dalam PKR dahulu.
"Susah hendak percaya orang macam Chegubard yang cepat menggadai prinsip serta mudah beralih pendirian ini. Dia cuba menyelamat diri demi survival kehidupan," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Khairuddin mengulas kenyataan Chegubard yang mahu menjemput Dr Mahathir dalam program seumpama #Nothing2Hide versinya sendiri.
Selain itu Chegubard di dalam sebuah blog dikatakan kini kerap mengecam Dr Mahathir berkenaan pemecatan Tun Salleh Abas di siaran berita sebuah stesen televisyen kemunculannya dilihat mungkin lebih kerap lagi dalam isu-isu yang lain.
Khairuddin turut menjelaskan, sikap Chegubard membuktikan politik murahan untuk memastikan namanya tidak lenyap dari pentak politik negara.
"Saya cadangkan dia buat program dan bercerita kembali kenapa satu masa dahulu suka mengutuk UMNO.
"Perjelaskan kepada rakyat kenapa dahulu suka memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.
"Mengapa tiba-tiba dia beralih angin dan menyokong pihak tertentu di dalam UMNO serta menyerang Dr Mahathir? Apa motif tindakannya ini?" ujarnya.
Sementara itu, Khairuddin turut mencadangkan Chegubard menjemput Najib untuk hadir ke program #Nothing2Hide versinya.
"Dia ajak Najib, saya ajak Dr Mahathir. Kita siarkan secara terbuka dan biar seluruh rakyat menonton pertemuan penuh bersejarah itu," katanya.
BACA: 'Najib enggan jumpa Tun M, jumpa perwakilan boleh pula' - Khairuddin
Sebelum ini Khairuddin mahu Najib segera membuat pertemuan dengan Dr Mahathir sekali gus menyelesaikan kemelut negara terutama tentang isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jelasnya, Najib juga diharap tidak menjadi jaguh dengan menyerang Dr Mahathir melalui forum tertutup bersama 1,500 ahli UMNO yang dijemput pada majlis penerangan khas sahaja.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 18 2015

Chegubard (gambar) diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Dr Mahathir kepada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Mahkamah | Wang dalam akaun saya cukup bayar kad kredit – Ahmad Zahid
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB). Ahmad Zahid, 69, berkata akibat kecuaian bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.

TMJ: 'Saya minta maaf sekiranya mengguris perasaan, tiada sebab peribadi' - Nazri Aziz
Datuk Seri Nazri Aziz menyambut baik kenyataan Tunku Ismail yang tidak mahu memanjangkan pertelingkahan di antara mereka.

'Usah panjangkan isu saya dengan Datuk Seri Nazri' - TMJ
Tengku Mahkota Johor menyarankan supaya semua pihak berhenti menghangatkan perselisihan di antara dirinya dan Datuk Seri Nazri Aziz.

Isu hina institusi beraja: Polis rekod keterangan Nazri Aziz
Beberapa laporan polis dibuat orang ramai terhadap Mohamed Nazri selepas kenyataannya terhadap komen Tunku Mahkota Johor dikatakan menghina institusi beraja.

'Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.

Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengecam Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

#Nothing2Hide: Najib kesal forum batal, sedia beri penjelasan kepada Tun M
Menurutnya, sebagai perdana menteri, tidak wajar bagi beliau berdebat secara terbuka di khalayak ramai dengan mantan PM yang juga dari parti politik yang sama.

#Nothing2Hide: 'Tidak salah jika Tun M wakili NGO yang diundang' - penganjur
Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata kad jemputan yang diberikan kepada NGO tidak ditulis dengan nama-nama individu tertentu.

#Nothing2Hide: Penganjur dakwa majlis gagal kerana campur tangan pegawai kanan Najib
Pengerusi SukaGuam, Khairul Anwar Rahmat mendakwa pegawai kanan Najib Razak yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program itu telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara.

#Nothing2Hide: Tun M hanya hadir untuk 'hentam' Najib - Salleh
Dr Mahathir Mohamad hanya hadir ke majlis Dialog '#Nothing2Hide' Najib Razak bersama NGO untuk 'hentam' perdana menteri, kata Salleh Said Keruak.

Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin
GMM mencadangkan supaya mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengenai 1MDB disiarkan secara langsung melalui televisyen.