awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Azmin, jaga kawasan sendiri sajalah' - Anwar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/10/2022
12:09 MYT
'Azmin, jaga kawasan sendiri sajalah' - Anwar
Kata Anwar, Azmin dilihat bakal berdepan kesukaran untuk kekal di kerusi tersebut dalam PRU15 yang akan datang. - Bernama
SUBANG : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali, agar memberi perhatian terhadap usaha mempertahankan kerusinya.
Ini kerana, kata Anwar, Azmin dilihat bakal berdepan kesukaran untuk kekal di kerusi tersebut dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15) yang akan datang.
"Kenapa nak sibuk tentang dia? Dia jaga kawasan dia, tidak mudah bagi dia (untuk mempertahankan kerusi)," katanya ringkas ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku Script: For A Better Malaysia, pada Ahad.
Anwar mengulas kenyataan Azmin yang mencabarnya bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15.
"Ada orang nak datang Gombak, silakan. Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri," kata Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dalam ucapan perasmian jentera pilihan raya Bersatu di Shah Alam.
Media sebelum ini melaporkan Anwar memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15, sebaliknya mahu bertanding di kerusi Parlimen yang disandang 'pengkhianat' PKR dan Pakatan Harapan (PH).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#pilihan raya
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan