Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pasukannya bersedia membantu pakatan parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Beliau berkata, tumpuan penuh diberikan kepada setiap jentera yang terlibat terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah untuk menggembleng tenaga bagi memenangi kerusi yang bakal ditandingi.
Menurut Azmin, meskipun isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kini masih diperingkat mahkamah, namun ia tidak merencatkan persediaan mereka.
"Walaupun kita sedia maklum ada prosiding makhamah akan berlangsung dalam beberapa minggu akan datang, tetapi kita juga memberi tumpuan untuk memastikan jentera pilihan raya di setiap DUN itu bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRN.
"Kita akan meneruskan perbincangan dan konsultasi dengan rakan-rakan lain khususnya UMNO dan parti mewakili komponen PN dan juga di luar PN bersedia bersama-sama membentuk sebuah kerajaan baharu di dalam negeri," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama pemimpin Bersatu Sabah, di sini pada Sabtu.
Hadir sama adalah Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin serta Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Sementara itu, Azmin turut melahirkan kebimbangan ekoran ketidakseimbangan pembangunan antara kerajan negeri dan Persekutuan yang berlaku pada ketika ini.
"Saya rasa ini adalah kesempatan terbaik untuk rakyat Sabah memilih sebuah kerajaan negeri yang mempertahankan hak rakyat negeri Sabah tetapi pada masa yang sama mengamalkan prinsip federalisme di kalangan kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya.
Tambah beliau, Sabah berpotensi melihat tampuk pemerintahan baharu di bawah pimpinan PN dan juga Bersatu untuk bergabung momentum di peringkat negeri bahkan peringkat Persekutuan.
Ruzaini Zulkepli
Sat Aug 08 2020

Azmin berkata, tumpuan penuh diberikan kepada setiap jentera yang terlibat terutamanya parti Bersatu Sabah untuk menggembleng tenaga bagi memenangi kerusi yang bakal ditandingi. - Gambar fail BERNAMA
Pantau Belanjawan: Memperkasa OKU, tingkat penyertaan
Sejauh manakah Belanjawan 2024 yang dibentangkan Kerajaan Perpaduan pada 13 Oktober lepas dapat terus melindungi kesejahteraan dan mendaya upaya orang kurang upaya (OKU)? Bersama Mohd Faiz Shuhaimi, Presiden Majlis Belia OKU Malaysia.

Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
![[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah [LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701401557_TBGazajpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah
Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.

SPRM tidak boleh keluarkan dana sehingga selesai siasatan - Azam Baki
Dana Aman Palestin Berhad yang dibekukan oleh SPRM tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan ke atasnya selesai dilakukan.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity

Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.

PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).

Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.

Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.

Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.

Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.

Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.

Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.

'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

PRN: "Bukan darah daging jadi percaturan" - Azwan Ali antara pengundi terawal di DUN Hulu Kelang
Azwan ubah fikiran saat akhir keluar mengundi kerana memahami satu undi daripadanya amat bernilai untuk proses demokrasi.