KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersetuju untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Persetujuan itu bagaimanapun disertakan dengan syarat bahawa Rafizi perlu membuktikan terlebih dahulu telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
"Sebab itu wahai Rafizi, saya bersedia berdebat dengan saudara dengan syarat buktikan dahulu kamu berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
"Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji. 'Hari ini saya jadi Perdana Menteri, esok minyak turun....dah turun belum? Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pengenalan Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawa Gombak, pada Khamis malam.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor berkata, beliau mempunyai rekod inisiatif dilaksanakan dalam mengemudi Selangor dan ketika menjadi Menteri dahulu.
"Bukan saya tidak mahu berdebat, saya nak jawab mudah sahaja. Saya boleh menyambut saranan beliau untuk berdebat. Tiada masalah.
"Tetapi saudara tengok kenyataan dia, apa dia kata? 'Azmin mendakwa beliau telah berjaya ketika menjadi Menteri Ekonomi dan Menteri MITI. Kalau benar dia berjaya, debat dengan saya'.
"Engkau (Rafizi) tiada rekod. Kalau saya pergi debat dalam keadaan dia belum ada formula, belum ada penyelesaian, engkau nak debat dengan aku buat apa? ujar Mohamed Azmin.
Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson pada Selasa, telah mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.
Susulan itu, Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah memberikan kesediaan untuk menerbitkan debat antara Rafizi dan Mohamed Azmin.
Surat jemputan mengenai debat berkenaan juga telah dihantar kepada kedua-dua belah pihak.
Pada Rabu lalu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rashidi Ruslan telah mengesahkan bahawa Rafizi bersetuju menerima jemputan 'Debat Ekonomi Malaysia' Mohamed Azmin.
Afiezy Azaman
Fri Jul 28 2023

Azmin mahu Rafizi membuktikan terlebih dahulu beliau telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.

'Ini bukan tentang politik saja' - Nurul Izzah tolak pelawaan debat
Kata Nurul Izzah, tumpuannya kini adalah menyantuni perwakilan dan tidak mahu fokus kepada berpolitik semata-mata.

Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.

Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan, kukuhkan perpaduan
Arena debat berupaya mengukuhkan serta memperkasakan perpaduan pelbagai kaum menerusi kerjasama sepasukan dalam menghasilkan hujah yang berkesan.

Harris desak Trump debat bulan depan
Harris menegaskan rakyat AS dan para pengundi berhak melihat mereka bertemu sekali lagi sebelum pilihan raya.

Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.

Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.

Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik
Pendirian beremosi dan mengikut kepentingan politik Trump dapat dilihat ketika debat bersama Joe Biden sebelum ini.

Trump cadang tidak sertai debat ABC News dengan Harris, faktor berat sebelah
Kempen Harris tidak bersetuju dengan keputusan Trump untuk mengadakan debat di Fox News pada 4 September.

Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.

Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal
Rafizi Ramli mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat.