awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azwan Ali teruja dengan kesediaan Razali Ibrahim

Hilal Azmi
Hilal Azmi
06/12/2017
02:59 MYT
Azwan Ali teruja dengan kesediaan Razali Ibrahim
Azwan berkata, beliau mempunyai sejuta idea untuk dilontarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi membantu parti itu menawan Selangor pada PRU14 nanti. - Astro AWANI
Keterbukaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim untuk bertemu dan mendengar cadangan selebriti Azwan Ali amat mengujakan beliau.
Ketika dihubungi Astro AWANI, pengacara yang terkenal dengan jolokan Diva AA itu amat bangga dengan kesediaan UMNO mendengar cadangan yang bakal dikemukakannya.
“Saya amat optimis dengan keupayaan UMNO dan Barisan Nasional untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang,” jawabnya ringkas.
Semalam, Azwan berkata, beliau ada sejuta idea untuk dilontarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi membantu parti itu menawan Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Hari ini, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menyatakan kesediaannya mendengar idea yang hendak dikemukakan Azwan.
Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini, ramai peminat serta pengikut Instagramnya tertanya-tanya tentang ‘misteri’ kehilangan akaun penuh kontroversi itu.
Menurut Azwan, akaun Instagram miliknya telah digodam lantas mengakibatkan dia hilang akses penuh kepada akaun tersebut.
“Akaun kena godam... Sekarang saya berehat sebab malas nak layan... #YBotherX3 .
“Biarlah akaun tu lesap, saya akan terus bersuara di Facebook,” jelas beliau yang kini sibuk dengan perniagaan rendang secara atas talian.
Topic Berkaitan
#akaun Diva AA hilang
#Azwan Ali
#Barisan Nasional
#BN
#Diva AA
#misteri kehilangan instagram Azwan Ali
#pilihan raya umum
#Razali Ibrahim
#UMNO
#UMNO Menang
#Ybother
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan