awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azwan Bro sifatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan pro-DAP

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/03/2017
11:07 MYT
Azwan Bro sifatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan pro-DAP
Menurut Azwan, beliau tidak hairan jika setiap keputusan hanya akan dilakukan DAP dan bukan secara muafakat dalam parti. - Gambar fail
Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro menyifatkan Pakatan Harapan yang dibentuk dengan penyertaan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai pakatan pro-DAP.
Tegasnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan anggota parti pembangkang yang menyertai pakatan berkenaan keliru dan bercelaru.
"Pakatan pro-DAP ini diketuai oleh Lim Kit Siang. Ini jelas. Semua parti yang menyertai Pakatan Harapan tahu bahawa Pakatan Harapan ini adalah pakatan pro-DAP sebab itu ahli-ahli mereka mula bercelaru dan mereka juga menjadi semakin gusar kerana pemimpin parti masing-masing tidak boleh membuat keputusan, sebaliknya (bergantung) kepada Lim Kit Siang semata-mata," katanya kepada Astro AWANI selepas Sesi Dialog Santai Bersama Azwan Bro di Publika, di sini hari ini.
Justeru katanya, beliau tidak hairan jika setiap keputusan hanya akan dilakukan DAP dan bukan secara muafakat dalam parti.
"Jadi siapa yang buat keputusan atas segala-galanya? Lim Kit Siang iaitu diktator DAP yang akan membuat keputusan ke atas Pakatan Harapan kerana ia adalah pakatan Pro-DAP," ujarnya lagi.
Isnin lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM ke dalam gabungan itu.
Ia menjadikan Pakatan Harapan kini dianggotai PPBM, DAP dan Amanah dan bergerak sebagai sebuah gabungan parti tanpa keanggotaan Pas.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, hubungan Pas dan PPBM terputus secara rasmi selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#DAP
#Khairul Azwan Harun
#Lim Kit Siang
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan