KAPIT: Percubaan pihak tertentu untuk memainkan isu peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sarawak menerusi Bajet 2023 tidak akan menjejaskan peluang Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihak terbabit mendakwa peruntukan pembangunan berjumlah RM5.4 bilion yang diberikan kepada Sarawak adalah tidak adil dan tidak mencukupi bagi negeri sebesar Semenanjung Malaysia itu.
"Mereka yang mempunyai agenda politik sudah tentu akan menyatakan bahawa ia (peruntukan) tidak cukup namun bagi saya, kita perlu melihatnya daripada pelbagai aspek. Sudah tentu sebagai rakyat Sarawak, saya mengharapkan peruntukan yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di sini hari ini.
Beliau berkata malah GPS, yang menang besar pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 pada Disember tahun lepas, masih memiliki momentum untuk mencipta satu lagi kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kami yakin kami akan menang dengan bergaya. Kami tidak berada dalam keadaan yang kucar-kacir atau sering berbalah," kata Nanta, yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Selain PBB, komponen lain GPS ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), yang memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen pada PRU14.
Nanta, yang juga penyandang kerusi Parlimen Kapit, berkata rakyat perlu melihat faktor yang mempengaruhi peruntukan itu berbanding jumlahnya.
"Ketika ini, kerajaan tidak mampu memberikan peruntukan yang lebih. Mungkin kerajaan berdepan kekangan dana dan terdapat keperluan lain yang lebih mendesak. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Nanta, yang juga penyandang kerusi Parlimen Kapit, berkata rakyat perlu melihat faktor yang mempengaruhi peruntukan itu berbanding jumlahnya. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.