awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN DAP, Justin Wong mungkin sertai Warisan

Petrus Bernard
Petrus Bernard
11/02/2022
10:28 MYT
Bekas ADUN DAP, Justin Wong mungkin sertai Warisan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun beliau memberi masa kepada bekas pemimpin DAP itu untuk membuat keputusan.
TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong yang meninggalkan parti DAP pada 20 Januari lalu berkemungkinan besar menyertai Parti Warisan (Warisan).
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun beliau memberi masa kepada bekas pemimpin DAP itu untuk membuat keputusan.
"Beliau sudah menyatakan hasrat untuk menyertai parti tempatan yang kini diperjuangkan atas landasan untuk melihat keperluan dan penyatuan rakyat di peringkat negeri Sabah dan kita berikan waktu kepada beliau untuk membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat Pusat Khidmat DUN Sri Tanjong di Tawau pada Jumaat.
Sementara itu, Justin ketika ditanya mengatakan bahawa jemputan beliau kepada Shafie untuk merasmikan pejabat baru DUN Sri Tanjong merupakan satu maklum balas yang positif terhadap pelawaan Shafie untuk menyertai Warisan.
"Jadi sebagai satu maklum balas terhadap tawaran beliau saya membuat jemputan untuk Shafie datang merasmikan pejabat baru saya," katanya.
Terdahulu Justin Wong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Sri Tanjong dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Sabah lalu atas tiket parti DAP namun meninggalkan parti itu pada 20 Januari lalu atas masalah dalaman parti.
Topic Berkaitan
#Justin Wong sertai Warisan
#Shafie Apdal
#Parti Warisan
#ADUN Sri Tanjong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan