awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah disenaraikan calon PN di Negeri Sembilan

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2023
13:50 MYT
Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah disenaraikan calon PN di Negeri Sembilan
Pada PRU15 lalu, Eddin Syazlee gagal mempertahankan kerusi parlimen Kuala Pilah apabila tewas dengan majoriti 6,483 undi kepada calon BN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith dinamakan sebagai calon yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos nanti.
Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan Eddin Syazlee akan dipertaruhkan untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juaseh.
Pada PRU15 yang lalu, Eddin Syazlee gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Adnan Abu Hassan.
Eddin Syazlee tewas dengan majoriti 6,483 undi, berada dikedudukan ketiga selepas calon Pakatan Harapan (PH) Nor Azman Mohamad yang memperolehi 14,940 undi.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Faizal menegaskan PN yakin dapat menawan Negeri Sembilan dari Pakatan Harapan.
"Di Negeri Sembilan ini kita melihat potensi untuk kita memenangi pilihan raya negeri yang akan datang ini begitu baik sekali.
"Insya-Allah, berkat dengan kerja kuat setiap daripada kita bekerja sebagai satu kumpulan, kita amat yakin bahawa kita akan berjaya menukar tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan usai pilihan raya negeri yang akan datang," katanya.
Beliau juga berharap kerjasama erat semua parti komponen PN dapat memastikan kejayaan yang cemerlang pada PRN nanti.
Ahmad Faizal berharap semua pihak menerima calon yang telah dipilih mewakili PN di Negeri Sembilan biarpun tidak memenuhi kehendak akar umbi.
Selain, Eddin Syazlee, PN turut menyenaraikan anak bekas Yang Dipertuan Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, Danni Rais di kerusi DUN Kelawang.
Sebanyak 34 nama calon diumumkan pada malam ini dengan Bersatu mendahului dari segi jumlah bertanding iaitu sebanyak 15 kerusi, diikuti PAS (12) dan Gerakan (6).
Secara keseluruhan Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Perikatan Nasional
#PN
#Negeri Sembilan
#Eddin Syazlee Shith
#Juaseh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan