awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Exco, Ketua Pemuda Seremban UMNO sertai PN

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2023
02:30 MYT
Bekas Exco, Ketua Pemuda Seremban UMNO sertai PN
Fariz Hadi (tengah) dan Zool Amali (kiri). - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas Exco Pemuda, Fariz Hadi Raihan Husni dan Ketua Pemuda Seremban UMNO, Zool Amali Hussin mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dikongsikan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
"Alhamdulillah, tahniah dua sahabat seperjuangan yang juga mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia penggal 2018, Fariz Hadi mengumumkan menyertai PN mengikut jejak langkah mantan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali atau Bozz Jebat, malam tadi.
"Makin bertambah kuat PN dalam nak berdepan PRN enam negeri ini.
"Malah dijangkakan ramai lagi yang akan bersama memastikan gelombang kebangkitan Melayu membadai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga merupakan bekas Exco Pemuda UMNO.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa secara rasminya telah menjadi ahli Pas.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Seremban.
Selain itu, Takiyuddin hari ini mengesahkan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof turut menyertai parti itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#Perikatan Nasional
#Pemuda UMNO
#Papagomo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan