awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Naib Ketua Wanita UMNO kini ahli Pas seumur hidup

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2018
04:45 MYT
Bekas Naib Ketua Wanita UMNO kini ahli Pas seumur hidup
Kamilia pada PRU13 lalu, mengejutkan ramai pihak dalam UMNO apabila mengambil tindakan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. - Foto Sinar Harian
Pas mengesahkan bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim kini secara rasmi menyertai parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penerimaan Kamilia dalam Pas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat pada Ahad.
“Jawatankuasa telah menerima dan meluluskan keahlian Pas kepada Kamilia sebagai ahli sekaligus ahli seumur hidup,” katanya dalam kenyataan.
Kamilia pada PRU13 lalu, mengejutkan ramai pihak dalam UMNO apabila mengambil tindakan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Tindakannya itu menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.
Mewakili Bebas dalam PRU13, Kamilia hanya memperoleh 447 undi manakala calon BN Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad, memperoleh 14,218 undi dan calon Pas Khalil Idham pula meraih 13,136 undi.
Topic Berkaitan
#Bebas
#calon
#Jawatankuasa Harian
#kamilia ibrahim
#Kuala Kangsar
#Parlimen
#PAS
#Takiyuddin Hassan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan