JOHOR BAHRU: Dua orang bekas pemimpin utama Pas dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai Parti Amanah, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
Aminolhuda berkata majlis penyerahan sebahagian borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan negeri Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama ahli-ahli mereka akan dilakukan di Sungai Abong, Muar, esok dan sebahagian lagi di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, di sini Ahad ini.
"Penyertaan mantan Exco dan mantan ADUN daripada Bersatu dan Pas itu adalah satu isyarat yang jelas terhadap penerimaan kepada perjuangan Amanah yang membawa semangat RAHMAH seperti yang ditunjukkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Kami juga yakin bahawa kemasukan ini menunjukkan rakyat gembira dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Aminolhuda yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata borang keahlian akan diserahkan kepada Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dalam dua majlis ceramah di kawasan itu.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin yang dimaksudkan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Aminolhuda berkata borang keahlian akan diserahkan kepada Mohamad dalam dua majlis ceramah di kawasan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Niaga AWANI: FOMC Mei 2024 bermula esok, apakah jangkaan keputusan The Fed?
Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya iaitu pada 1 Mei ini. Adakah ini akan menepati jangkaan pasaran? Perbincangan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Afiezy Azaman;
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
IPR: Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Waspada ejen nikah Siam
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program – Fadhlina
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN bertanggungjawab bantu calon Kerajaan Perpaduan
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.