TASEK GELUGOR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Meskipun tidak ada sebarang kenyataan rasmi, namun desas-desus mengatakan beliau akan bertanding atas tiket bebas.
'Cakap-cakap kedai kopi' di sekitar kawasan Tasek Gelugor, Astro AWANI difahamkan beliau sudah pun turun ke kawasan melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk mengagih bakul makanan di sekitar Parlimen Tasek Gelugor sejak setahun yang lalu.
Beliau juga sebelum ini mengesahkan belum menyertai sebarang parti politik namun tidak menolak kemungkinan untuk menyertai mana-mana parti jika ada pihak yang datang ‘melamarnya’ sebagai calon.
Dzulkifli yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed meletak jawatan dua tahun kemudian.
Selain Dzulkifli, antara nama lain yang disebut-sebut sebagai calon bertanding di kerusi itu, selepas penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya yang hanya menang dengan majoriti 81 undi, melompat parti ke Bersatu adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Shabudin, juga sebelum ini mengesahkan tidak lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan.
Sementara itu, Pas juga dikatakan akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi itu.
Parlimen Tasek Gelugor adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) yang dimenangi calonnya Shabudin.
Justeru, BN mahu menuntut semula kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang 'dirompak' daripada gabungan itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Parlimen Tasek Gelugor merekodkan 689 undi rosak serta 297 undi pos yang tidak dikembalikan.
Umavathi Ramayah
Fri Oct 28 2022
Meskipun tidak ada sebarang kenyataan rasmi, namun desas-desus mengatakan Dzulkifli akan bertanding atas tiket bebas. - Gambar fail
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Pemilu 2024: Undi pos masih relevan dilaksanakan - KPU
Hashim berkata, terdapat beberapa prosedur yang boleh dibaiki bagi menambah baik sistem sedia ada.
Dua penyokong parti maut dalam pertempuran pilihan raya Pakistan
Bantahan tercetus di tengah-tengah kelewatan pengundian dan dakwaan penipuan undi dalam Pilihan Raya Umum Pakistan.
Pilihan raya tamat, Pakistan mula proses kira undi
Pakistan mula melakukan kiraan undi selepas proses mengundi pengundian tamat dalam pilihan raya umum pada Khamis.
Pemilu 2024: 275,000 rakyat Indonesia dijangka mengundi di Malaysia
Kira-kira 275,000 rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pemilihan Umum (Pemilu), kali ini.
Debat calon naib presiden, Polis Jakarta kerah 2,000 anggota
Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan kira-kira 2,000 anggota untuk memastikan keselamatan ketika berlangsungnya debat calon naib presiden menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
PRU Pakistan 2024: Badan pilihan raya tolak kertas pencalonan Imran Khan
Khan telah menyerahkan borang untuk bertanding dalam pilihan raya 8 Feb dari tiga kawasan pilihan raya di Lahore, Mianwali dan Islamabad.