GOPENG:Belum ada sebarang perbincangan antara Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama parti-parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain dengan pembangkang di negeri itu agar menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perlunya perbincangan tersebut diadakan, sekiranya jumlah kes positif jangkitan pandemik COVID-19 terus meningkat di kawasan itu.
"Namun, saya kira kalau ada keperluan untuk perkara itu (perbincangan) jika kes positif meningkat, kita (PRK) boleh merumitkan usaha untuk merawat pesakit, katil hospital tidak cukup...kita perlu cari jalan untuk berbincang tentang perkara itu," katanya pada media di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.
Pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Batu Sapi tetap perlu diadakan selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, dan mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 13 Okt depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting.
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan yang BN mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Parlimen Baru Sapi jika ia diadakan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk mengelakkan pandemik COVID-19 daripada terus menular, sebagaimana yang dialami ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
"Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, beliau berkata BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilaksanakan kelak.
Semalam, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan supaya BN dan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon bagi PRK Parlimen Batu Sapi, selepas mengambil kira penularan COVID-19.
Bernama
Thu Oct 08 2020
Ahmad Faizal tidak menolak kemungkinan perlunya perbincangan membabitkan semua parti mengenai PRK Batu Sapi. -Gambar fail
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan
Perintah pembatalan itu mengikut Fasal (2B) Perkara 150 dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Darurat langkah terbaik kekang COVID-19 - Pengundi Batu Sapi
Pembatalan PRK Parlimen Batu Sapi susulan Proklamasi Darurat yang diisytihar YDPA merupakan langkah terbaik, jelas pengundi Batu Sapi.
Batu Sapi: Hak rakyat pilih pemimpin perlu dilaksana selepas darurat - Warisan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti berpendapat setiap rakyat di Batu Sapi perlu mempunyai pemimpin yang mewakili mereka.
Ini lima sebab PRK Batu Sapi perlu dielakkan
Mengambil iktibar penularan COVID-19 susulan PRN Sabah, Jemaah Menteri berpandangan lebih elok sekiranya PRK Batu Sapi dielakkan.
Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat - PM
Tindakan itu hanya bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.
PRK Batu Sapi: Terpulang kepada pucuk pimpinan Bersatu - Azizah
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lepas.
COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.
PRK Batu Sapi: Pengundi, petugas SPR bimbang situasi semasa COVID-19
SOP bagi PRK Batu Sapi perlu diteliti susulan terdapat petugas SPR serta pengungi yang bimbang untuk melibatkan diri sewaktu PRK berlangsung.
Bersatu belum putus bertanding di PRK Batu Sapi - Masidi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
PRK Batu Sapi: BN Sabah akan sokong calon GRS - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong calon daripada mana-mana parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekiranya parti dalam gabungan itu memilih untuk bertanding dalam PRK Batu Sapi.