awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersara politik aktif, tetap setia bersama PBB - Manyin

Bernama
Bernama
11/06/2022
21:45 MYT
Bersara politik aktif, tetap setia bersama PBB - Manyin
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyatakan pendirian akan terus memberi khidmat kepada parti itu sebagai ahli biasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyatakan pendirian akan terus memberi khidmat kepada parti itu sebagai ahli biasa selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada mempertahankan jawatan itu.
Walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam PBB menjelang pemilihan penggal baharu 2022-2025 sempena perhimpunan agung parti bermula 17 Jun ini, Manyin, 77, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu selama lima penggal sejak 1996, berkata beliau tetap setia bersama parti itu yang disertainya pada 1995.
"Politik masih di hati saya. Saya telah bersara daripada politik aktif tetapi saya masih bersama PBB dan menyokong parti selagi saya mampu. Pada pilihan raya negeri yang lalu, saya berkempen setiap malam. Pada pilihan raya negeri akan datang, insya-Allah jika saya masih sihat saya akan berkempen," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PBB di sini pada Sabtu.
Terdahulu, pegawai pemilihan PBB, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengumumkan Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mengisi jawatan Manyin bagi sayap Pesaka manakala Datuk Seri Fadillah Yusof mengekalkan jawatan sama bagi sayap Bumiputera.
Manyin, bekas Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknoloji negeri, mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, Disember lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Michael Manyin Jawong
#Parti Pesaka Bumiputera
#bersara
#ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan