awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejuta bayi lahir di kawasan bencana Asia menderita kekurangan makanan, rawatan
235,000 penduduk Gaza terjejas akibat kesan musim sejuk 'buatan manusia' - Ketua UNRWA
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu di ambang bahaya jika gagal tonjol kelainan - Penganalisis Politik

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/12/2021
09:19 MYT
Bersatu di ambang bahaya jika gagal tonjol kelainan - Penganalisis Politik
Prof Wong Chin Huat menjelaskan, realitinya Bersatu sukar untuk bertahan kerana produknya yang seakan-akan sama dengan UMNO. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berada di ambang bahaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika gagal menonjolkan perbezaan atau kelainan dasar dengan parti nasionalisme Melayu seperti UMNO.
Penganalisis Politik, Prof Wong Chin Huat menjelaskan, realitinya Bersatu sukar untuk bertahan kerana produknya yang seakan-akan sama dengan parti terbesar Melayu itu.
Pun begitu katanya, melihat pada kemenangan parti yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mengatasi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menunjukkan slogan anti rasuah yang dibawa parti itu berjaya menawan segelintir pengundi.
"Sebagai contoh parti yang paling bahaya adalah Bersatu kerana terlalu sama dengan UMNO.
"'Maka dia (Bersatu) perlu menunjukkan perbezaanya. Di (PRN) Melaka, Bersatu mendahului PKR dengan memenangi dua kerusi.
"Bersatu membawa mesej anti rasuah, ini menunjukkan ada pengundi yang marah kepada perasuah, namun demikian dalam medan perang yang lebih besar iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Bersatu tidak akan berjaya dengan hanya slogan atau poster menarik.
"Mereka perlu ada pendirian yang lebih mendalam," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Chin Huat menegaskan, kalau benar Bersatu memperjuangkan isu anti rasuah, maka parti itu perlu bermula dengan melakukan reformasi di Jabatan Peguam Negara.
"Ini kerana ia (Jabatan Peguam Negara) adalah antara penyebab utama berlakunya fenomena dua darjat, di mana golongan 'kayangan' dilepaskan jika melanggar prosedur operasi standard (SOP), manakala orang awam pula dikenakan denda," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#UMNO
#pilihan raya umum
#Melayu
#Wong Chin Huat
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan