awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun

Bernama
Bernama
07/11/2023
13:30 MYT
Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara tersebut diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Ketua Bahagian Labuan dan Wilayah Persekutuan itu.
"Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media daripada Suhaili bertarikh 30 Okt 2023, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Pada 30 Okt lepas, Suhaili mengumumkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Sebelum ini, Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dalam parti itu selama empat tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#gantung keahlian
#Suhaili Abdul Rahman
#Ahli Parlimen Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan