awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu kesal dengan situasi politik di Perak - Hamzah Zainuddin

Fareez Azman
Fareez Azman
04/12/2020
11:26 MYT
Bersatu kesal dengan situasi politik di Perak - Hamzah Zainuddin
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan rasa kesal berhubung situasi yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan media sebentar pada Jumaat.
"Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuaratnya petang ini menzahirkan rasa amat kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini.
"Bersatu ambil maklum bahawa Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan," jelasnya.
Tambah Hamzah, Bersatu sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Siapa MB baharu?
"Sehubungan itu, Bersatu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 4 ADUN Bersatu, 3 ADUN Pas, 1 ADUN UMNO dan 2 ADUN Bebas yang telah menyokong Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak.
"Bersatu akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama Pas dan teman-teman parti anggota Perikatan Nasional yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya," katanya lagi.
Terdahulu, ADUN Chenderiang yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya di Sidang Dewan Undangan Negeri pagi Jumaat dengan 48 menolak manakala 10 lagi ADUN menyokong dan satu undi berkecuali.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#PPBM
#UMNO
#PAS
#Pakatan Harapan
#Menteri Besar
#ADUN
#Perikatan Nasional
#politik
#usul undi percaya
#Setiausaha Agung Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan