awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu komited pertahankan Perlembagaan Persekutuan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/04/2019
12:06 MYT
Bersatu komited pertahankan Perlembagaan Persekutuan
Bersatu komited untuk mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi matlamat perjuangan parti itu. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) komited untuk mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi matlamat perjuangan parti itu.
Ini termasuk kedudukan istimewa Melayu dan anak negeri Sabah serta Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata perkara itu dimaklumkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sesi perbincangan khas bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada parti itu.
“Beliau (Tun Mahathir) telah menjelaskan secara mendalam berhubung hala tuju perjuangan parti yang perlu difahami dan dihayati oleh kesemua Ahli-ahli Parlimen Bersatu.
“Beliau juga turut menekankan bahawa segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh Pakatan Harapan semenjak menerajui negara adalah demi kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat.
“Ini termasuklah memelihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Sehubungan itu, Dr Mohd Radzi berkata kesemua Ahli Parlimen Bersatu sebulat suara menyatakan sokongan teguh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Bersatu komited pertahankan Perlembagaan
#Dr Mohd Radzi Md Jidin
#kedudukan orang Melayu dan Bumiputera
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perdana Menteri
#Perlembagaan Persekutuan
#sesi perbincangan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan