KOTA BHARU: Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari enggan mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman mengenai parti berkenaan yang hanya menjadi pak turut Pas.

Ahmad Fadhli juga memberitahu, tidak berbaloi untuk mengulas kenyataan berkenaan.

"Siapa dia ni, tidak berbaloi untuk diulas," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Sebelum itu, sebuah portal melaporkan, Dr Muhammad Faiz menyifatkan Bersatu hanya menjadi pak turut Pas dan sebagai pelengkap agenda politik jumud parti Islam itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas coretan seorang ahli Bersatu yang mencadangkan kepimpinan parti berkenaan dirombak.

Dr Muhammad Faiz turut berpendapat, sekiranya Bersatu menjadi semakin ekstrem di bawah Perikatan Nasional, sukar untuk parti itu membentuk kerajaan pusat memandangkan perkara itu hanya dapat dicapai melalui kerjasama dengan kaum-kaum lain. - Sinar Harian