KUALA LUMPUR: Bersatu Bahagian Johor Bahru menjelaskan Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak dibubarkan seperti tular di media sosial, sebaliknya masih berjalan seperti biasa untuk berkhidmat kepada masyarakat dan parti.
Ketua Bahagian Bersatu Bahagian Johor Bahru Abdull Bakar Ali berkata Bersatu Bahagian Johor Bahru sedia maklum dengan isu peletakan jawatan sebahagian Ahli Jawatankuasa sayap Srikandi Bahagian Johor Bahru pada 20 Jun.
Bagaimanapun Abdull Bakar berkata mengikut Perlembagaan parti itu, Srikandi Bahagian Johor Bahru masih relevan dan tidak perlu dibubarkan.
"Fokus Bersatu Bahagian Johor Bahru ketika ini adalah bersama-sama dengan kerajaan Perikatan Nasional dalam memerangi pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
BACA: Empat lagi AJK Srikandi Bahagian Johor Bahru letak jawatan
Pada Isnin, media melaporkan Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru Masazlina Bachok bersama timbalannya Khairunnisah Ali dan enam Ahli Jawatankuasa sayap Bersatu bahagian itu mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 20 Jun.
Abdull Bakar berkata Bersatu Bahagian Johor Bahru juga menerima surat penarikan peletakan jawatan Ahli Jawatankuasa yang masih ingin bersama Srikandi Bahagian Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Abdull Bakar berkata, mengikut perlembagaan parti itu, Srikandi Bahagian Johor Bahru masih relevan dan tidak perlu dibubarkan. - BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
'Ketika itu PKP, ramai orang susah' - Naqiu infaq separuh duit kemenangan juara GV6
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.
Stok bekalan beras negara mampu tampung hingga empat, lima bulan - Mohamad Sabu
Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.