awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/02/2025
21:30 MYT
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Barisan Jawatankuasa BPN Bersatu Wilayah Persekutuan 2024-2027 akan memberi fokus untuk memperkasa jentera parti, meningkatkan penglibatan akar umbi, mengukuhkan kedudukan politik parti dan memastikan kesiapsiagaan menghadapi PRU16.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan barisan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
Menurut Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Dr Nur `Izzah Norman, ia menampilkan gabungan pemimpin profesional bagi memperkukuh struktur parti sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Pembentukan badan pimpinan baharu ini menekankan kecekapan organisasi dan hala tuju politik yang lebih progresif bagi menghadapi cabaran semasa.
“Keutamaan kini diberikan kepada pemerkasaan struktur parti, pengukuhan jentera akar umbi serta kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan pilihan raya lebih awal daripada jangkaan,” kata Nur `Izzah dalam kenyataan semalam.
Selain Nur `Izzah selaku Setiausaha Negeri, barisan Jawatankuasa BPN Bersatu Wilayah Persekutuan 2024-2027 dianggotai Rosman Nordin sebagai Ketua Penerangan, Ad Afnan Shaharuddin sebagai Bendahari Negeri serta Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian.
Nur `Izzah berkata, barisan kepimpinan ini akan memberi fokus untuk memperkasa jentera parti, meningkatkan penglibatan akar umbi, mengukuhkan kedudukan politik parti dan memastikan kesiapsiagaan menghadapi PRU16.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Radzi Jidin
#badan pimpinan negeri
#Bersatu Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan