awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN bersifat 'malar segar', faham aspirasi golongan muda - Zahid Hamidi

Bernama
Bernama
16/02/2022
09:11 MYT
BN bersifat 'malar segar', faham aspirasi golongan muda - Zahid Hamidi
Presiden UMNO itu berkata selain itu, BN adalah parti gabungan yang padu, kukuh, konsisten dan mampan berbanding parti gabungan lain. - Foto fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi muda bahawa parti gabungan itu bersifat 'malar segar', malah tidak pernah gagal atau terkhilaf memahami aspirasi golongan muda.
Dalam satu hantaran di Facebook rasminya beliau menyifatkan BN tetap relevan sejak 1973 dan perkara itu penting untuk pengetahuan pengundi muda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.
"Muda bukan tentang usia parti, namun dasar dan agenda yang akan memanfaatkan golongan muda mahupun lama," katanya.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Presiden UMNO itu berkata selain itu, BN adalah parti gabungan yang padu, kukuh, konsisten dan mampan berbanding parti gabungan lain dan kesalasilahan BN sebagai sebuah gabungan parti politik demi rakyat untuk rakyat tidak pernah diabaikan, dan memancarkan kestabilan sepanjang mentadbir negara.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata BN dibarisi gandingan pimpinan lama dan baharu yang padat dengan pengalaman, pengetahuan, idea serta inspirasi yang segar dan baharu, sekali gus mengangkat kepentingan rakyat setiap kaum, agama, jantina dan peringkat umur.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Feb, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#malar segar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan