awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN jelas dengan konsep perkongsian kuasa - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
19/02/2022
08:23 MYT
BN jelas dengan konsep perkongsian kuasa - Mohamed Khaled
Menurut Khaled, kestabilan itu hanya boleh dicapai melalui BN kerana daripada segi pendekatan BN, kita menekankan kepada soal integrasi. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) sangat jelas dengan konsep perkongsian kuasa berbanding segelintir parti-parti politik lain yang bertelagah ketika berunding mengenai pembahagian kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mengambil contoh PKR dan MUDA, beliau mendakwa disebabkan kedua-duanya tidak memahami formula perkongsian kuasa yang diamalkan BN, ia telah menyebabkan rundingan mereka berhubung pembahagian kerusi untuk PRN Johor gagal mencapai sepakat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, BN bukanlah satu gabungan yang baharu tetapi sudah lama dan berpengalaman malah kewibawaannya sudah terbukti sebelum ini dan berharap semua pengundi dapat menerima agenda dibawa iaitu mewujudkan kestabilan.
"Kestabilan itu hanya boleh dicapai melalui BN kerana daripada segi pendekatan BN, kita menekankan kepada soal integrasi bukan asimilasi dan kita juga berasaskan hubungan yang lama dan nilai-nilai yang kita pegang secara bersama," kata bekas Menteri Besar Johor itu kepada pemberita di sini, malam tadi.
Terdahulu beliau menerima borang kemasukan kira-kira 50 bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Tasek 64 di Bilik Gerakan Jalan Tasek 21, Bandar Seri Alam di sini.
Semalam, MUDA berkata tindakan PKR mengumumkan 20 calon mereka yang akan bertanding pada PRN Johor telah menjejaskan, sekali gus menamatkan rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Mohamed Khaled Nordin
#PRN Johor
#perkongsian kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan