JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor sudah memulakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara komponen parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad berkata BN Johor sudah mencapai ketetapan untuk UMNO, MCA dan MIC bertanding pada pilihan raya berkenaan.
"Saya sudah mula bincang dengan pimpinan MCA dan MIC," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu kepada pemberita selepas menutup program Bangkit 15 anjuran Biro Latihan dan Perkaderan UMNO Malaysia, di sini hari ini.
Hasni, yang juga Menteri Besar Johor, berkata, bagaimanapun, perbincangan terbabit masih belum memuktamadkan kawasan dan jumlah agihan kerusi setiap parti komponen berkenaan.
Beliau berkata perbincangan soal pengagihan kerusi juga setakat ini hanya melibatkan antara parti komponen BN Johor sahaja dan tidak melibatkan rakan dalam Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).
Sementara itu, mengenai Bangkit 15, Hasni berkata ia merupakan usaha mengukuhkan jentera UMNO Johor selain penambahbaikan kaedah serta latihan dalam menghadapi PRU15.
Beliau berkata UMNO Johor sebagai parti komponen BN akan sentiasa mencari jalan dalam mempertingkatkan kekuatan BN Johor.
"Kita telah bincang beberapa perkara (pada program Bangkit 15) seperti pendekatan kempen pilihan raya serta mahu MCA dan MIC juga menggunakan kaedah sama seperti diamalkan oleh UMNO Johor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Hasni, yang juga Menteri Besar Johor, berkata, bagaimanapun, perbincangan terbabit masih belum memuktamadkan kawasan dan jumlah agihan kerusi setiap parti komponen berkenaan. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
PRU15: BN boleh menang sebahagian besar kerusi di Johor - Ismail Sabri
Ismail Sabri yakin BN Johor mampu memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
PRU15: BN Johor umum manifesto, lancar jentera parti 2 November
BN Johor akan bentang manifesto serta perkembangan Ikhtiar Johor seperti yang telah dibentangkan pada PRN Johor yang lalu.
BN Johor kenal pasti formula, strategi menang PRU15
Barisan Nasional (BN) Johor telah mengenal pasti formula dan strategi dalam usaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
PRU15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen Johor? 'Kita perlu jujur letak sasaran' - Dr Adham
Sasaran BN Johor menang 16 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah lebih realistik berbanding bilangan 20 kerusi ditetapkan Pusat.
Johor sedia pertimbang cadangan Pasir Gudang, Pengerang diiktiraf daerah - MB
Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan Barisan Nasional (BN) Johor supaya Pasir Gudang dan Pengerang dijadikan sebagai daerah baharu di negeri ini.
PRU15: BN Johor jangan terlalu selesa dengan kemenangan besar pada PRN
Gabungan itu ketika ini dikatakan boleh memenangi 10 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
BN Johor pantau usaha kerajaan negeri laksana Ikhtiar BN
Barisan Nasional (BN) Johor akan memantau segala usaha dan perancangan kerajaan negeri dalam melaksanakan Ikhtiar BN Johor sebagai agenda utama negeri ini.
PRN Johor: BN tidak harap manifesto semata-mata untuk menang
Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan mempertaruhkan kepada manifesto semata-mata dalam usaha untuk memenangi mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.
BN Johor sudah mula bincang agihan kerusi PRU15 - Hasni
Barisan Nasional (BN) Johor sudah memulakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara komponen parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Suara anak muda, orang lama perlu disatukan - Hasni
Anak muda dan "orang lama" perlu bersama untuk memperkukuh perpaduan, bukan berjuang di bawah parti yang khusus untuk mereka, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.