awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pembayaran insentif kepada pesawah selesai sebelum 31 Julai - Mohamad
BISNES
Malaysia, Rusia akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Fadillah
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Danau Kota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

BN, PH bentuk kerjasama antara parti pusat dan negeri hadapi PRN Sabah - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
11/05/2025
07:00 MYT
Sponsor Banner
BN, PH bentuk kerjasama antara parti pusat dan negeri hadapi PRN Sabah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (foto) berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu. -Bernama
KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam Kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat antara parti di peringkat pusat dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Ringkasan AI
  • Ahmad Zahid Hamidi menekankan kerjasama erat antara BN dan PH untuk menghadapi PRN Sabah ke-17.
  • Ahmad Zahid berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.
  • Ahmad Zahid menasihatkan ahli parti supaya tidak membangkitkan isu pembahagian kerusi dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak bercadang untuk bergerak secara bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.
"BN, PH bukan satu plus sahaja tetapi 'plus, plus, plus' dan ini melihatkan keterbukaan kita (untuk bekerjasama dengan parti di Sabah). Pastinya, bukan hanya parti politik dari Semenanjung dan bukan juga semata-mata parti politik Sabah," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU), di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.
Beliau berkata kerjasama menyeluruh antara parti di semua peringkat amat penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang untuk Sabah dapat diteruskan sekiranya gabungan Kerajaan MADANI memperoleh kemenangan dalam PRN itu.
Sementara itu, Ahmad Zahid menasihatkan semua ahli parti dalam Kerajaan MADANI supaya tidak membangkitkan isu pembahagian kerusi, khususnya menjelang mana-mana pilihan raya negeri.
"Jangan terbawa-bawa dengan emosi atau membuat analisis mengikut pandangan masing-masing. Soal pembahagian kerusi dan sebagainya perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan.
"Kami di peringkat tertinggi sentiasa mengadakan pertemuan dan rundingan. Namun setakat ini, perkara itu belum dibincangkan, jadi ia tidak seharusnya dibangkitkan," tegasnya.
Beliau mengulas kenyataan Exco Pemuda AMANAH Fadhli Umar Aminolhuda, yang menyelar tindakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, kerana menolak cadangan formula agihan kerusi 14:14 antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#BN dan PH
#PRN Sabah ke-17
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami