KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah secara prinsip menerima pembentukan Jawatankuasa Kerjasama Solidariti bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi memastikan kemakmuran negeri itu dan kepentingan rakyatnya.
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu positif dengan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.
"Kita memang mengalu-alukan (penubuhan jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN) sebab kita memikirkan kepentingan rakyat Sabah dan pembangunan Sabah, itu penting. Sabah sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya.
"Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk kita memperkukuh kerajaan bagi memastikan rakyat Sabah juga berhak hidup dalam keadaan baik berbanding hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Aidilfitri BN Sabah di sini hari ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian ketika mengulas pembentukan jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN.
Pada 9 Mei, Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata jawatankuasa itu dibentuk bagi mengelakkan pertembungan antara kedua-dua parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Majlis Aidilfitri BN Sabah itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Hajiji dan beberapa tokoh politik veteran termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
Hadir sama pemimpin parti tempatan antaranya Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony.
Lebih 3,000 tetamu turut memeriahkan majlis itu selepas dua tahun rumah terbuka sempena Aidilfitri peringkat negeri tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu positif dengan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh Ketua Menteri. - Gambar fail

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

PBM belum hantar permohonan sertai BN - Zuraida
Perkara itu sedang dibincang dan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.

PRU15: Tengku Zafrul sebagai calon heavyweight di Selangor? Ini jawapan Noh Omar...
Tengku Zafrul seorang tokoh muda yang berpotensi untuk diketengahkan dan dijadikan ikon di Selangor, kata Noh.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15: Dasar UMNO, BN jelas sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri - Mohamad Hasan
Tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

PRU15: UMNO, BN perlu dekati pengundi atas pagar - Ahmad Maslan
UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi 'atas pagar' memandangkan dijangkakan separuh daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terdiri daripada golongan berkenaan.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

BN mampu bergerak solo di Sabah - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa gabungan itu mampu bergerak sendiri di Sabah.

Saya PM daripada BN, serang saya bermakna melemahkan kepimpinan BN - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.

Henti laga pemimpin parti, fokus rapatkan barisan menjelang PRU15 - Hishammuddin
Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO dan tindakan melaga-lagakan kepimpinan parti harus dihentikan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sekiranya ia berterusan.