awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN sedia tawan semula hati rakyat Pulau Pinang - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
13/09/2022
15:36 MYT
BN sedia tawan semula hati rakyat Pulau Pinang - Ismail Sabri
Semangat itu diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam, bagi merapatkan lagi silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Sumber foto FB Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Semangat yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu telah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semangat itu diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam, bagi merapatkan lagi silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata golongan muda akan sentiasa menjadi keutamaan kepada BN, justeru parti perlu mempertingkatkan gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi golongan berkenaan yang kini menjadi pengundi seawal usia 18 tahun.
"Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada PRU (Pilihan Raya Umum) yang bakal tiba," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#ismail sabri yaakob
#PRU15
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan