awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'BN tumbang, tiga pasukan elit polis dibubar PH' - Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2022
11:39 MYT
'BN tumbang, tiga pasukan elit polis dibubar PH' - Zahid
Antara yang paling diingati Ahmad Zahid adalah menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi memperkasakan peranan dan fungsinya.- Gambar fail
SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Sambutan Hari Polis pada setiap 25 Mac mengimbau pengalaman bermakna bagi dirinya dalam menambah baik perkhidmatan pasukan itu kepada negara dan masyarakat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, antara yang paling diingati adalah menaik taraf unit trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi memperkasakan peranan dan fungsinya.
"Mencetuskan idea penubuhan tiga skuad elit PDRM untuk melawan dan melumpuhkan habis-habisan jenayah terancang di Malaysia dengan memburu serta menangkap jerung-jerung yang menjadi dalang.
"Itulah skuad elit Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisian Narkotik (STING).
"Namun sejurus kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, kerajaan 22 bulan mengarahkan pembubaran ketiga-tiga skuad elit ini," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Menurut Ahmad Zahid, sejarah turut menyingkap pengorbanan besar pasukan polis dalam jasanya menentang ancaman komunis dan kini mencatat sejarah baharu melawan jenayah siber serta rentas sempadan.
"Terima kasih para pegawai dan anggota PDRM kerana terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka menjaga rakyat dan negara tanpa mengenal erti penat lelah," katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk menambah, PDRM juga sangat dekad di hatinya kerana pelbagai memori semasa bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri masih tersemat rapi.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Hari Polis
#Zahid Hamidi
#Polis Diraja Malaysia
#bekas timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan