awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tunggu pengesahan SPR berhubung kerusi Permatang Pauh, Chempaka

Bernama
Bernama
14/02/2015
02:16 MYT
BN tunggu pengesahan SPR berhubung kerusi Permatang Pauh, Chempaka
NAJIB: BN akan mengkaji perkembangan kedua-dua kawasan itu dan mengambil keputusan terbaik untuk memastikan BN mencapai prestasi memberangsangkan. -Gambar fail
Barisan Nasional (BN) masih menunggu pengesahan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kedudukan kerusi Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan sebelum mengambil sebarang langkah susulan.
Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan itu termasuk mengenai kekosongan kerusi dan tarikh Pilihan Raya Kecil(PRK) bagi kedua-dua kawasan tersebut.
"Bila dah terima pengesahan, BN akan membuat keputusan setelah berbincang dengan bahagian dan negeri-negeri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di sini malam ini.
Beliau berkata BN akan mengkaji dengan terperinci perkembangan kedua-dua kawasan itu dan mengambil keputusan terbaik untuk memastikan BN mencapai prestasi memberangsangkan.
Katanya, BN tidak akan terburu-buru kerana ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan berhubung PRK di kawasan terlibat.
"Kita kaji segala sudut, kita ambil kira prestasi kita yang lebih baik di Pengkalan Kubur apabila kita menang dengan majoriti bertambah dan di Teluk Intan kita menang," katanya.
Bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh beliau disabitkan dan dihukum atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Namun, sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuat kuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Kerusi DUN Chempaka pula kosong apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia semalam akibat kanser prostat.
Sementara itu, Najib berkata BN akan menyelaras gerak kerja bagi memantapkan parti supaya BN dilihat sebagai satu parti yang lebih padu dan selaras dalam semua kegiatannya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#BN
#Chempaka
#Nik Aziz
#pengesahan rasmi
#Permatang Pauh
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan