awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan kali ini, Tok Mun tiada duit nak bertanding lagi

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
15/04/2018
13:02 MYT
Bukan kali ini, Tok Mun tiada duit nak bertanding lagi
Tok Mun: -Tok tidak hendak bertanding dah kali ini, tak cukup duit. Tapi kalau cukup duit Tok nak sahaja bertanding lagi." - Foto Astro AWANI/Raja Hisham Raja Zaid
Nama Tok Mun atau nama sebenar Maimun Yusof, 99, yang pernah menjadi tular dan hangat diperkatakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu apabila wanita warga emas menjadi salah seorang calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu atas Parti Bebas.
Namun nadanya berbeza bagi pusingan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini apabila tidak lagi mahu turut serta dalam pertandingan ketika momentum pilihan raya sedang rancak bermula.
Astro AWANI berkesempatan berkunjung ke kediaman Tok Mun di Kampung Atas Tol Kuala Terengganu siang tadi bagi mengikuti perkembangan wanita yang telah dimamah usia dan pendengaran yang agak terbatas.
“Tok tidak hendak bertanding dah kali ini, tak cukup duit. Tapi kalau cukup duit Tok nak sahaja bertanding lagi. Lagipun simbol yang Tok hendak tu, mereka tidak bagi.
"Ada juga orang suruh bertanding lagi. Boleh menang katanya,” katanya.
Astro AWANI berkesempatan berkunjung ke kediaman Tok Mun di Kampung Atas Tol Kuala Terengganu siang tadi bagi mengikuti perkembangan wanita yang telah dimamah usia dan pendengaran yang agak terbatas. - Foto Astro AWANI/Raja Hisham Raja Zaid
Astro AWANI berkesempatan berkunjung ke kediaman Tok Mun di Kampung Atas Tol Kuala Terengganu siang tadi bagi mengikuti perkembangan wanita yang telah dimamah usia dan pendengaran yang agak terbatas.- Foto Astro AWANI/Raja Hisyam Raja Zaid
Susuk tubuh tua itu mesra berbual dan masih ke sana ke mari mencari rezeki dengan menjual kain di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Menceritakan pengalaman menjadi calon, Tok Mun juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dengan cara dan gaya bahasanya sendiri ketika PRU13.
“Kalau Tok menang besar, Tok nak buat rumah, pejabat dan lain-lain. Yang ada ni Tok nak roboh semua!"
Beliau juga berkongsi pengalaman bagaimana ada individu tertentu yang mengambil kesempatan ketika beliau berkempen pada pilihan raya yang lalu.
“Tok tampal sendiri poster. Lepas tu ada orang kata sanggup buat semua tu. Bila Tok bayar duit ingat dia buat kerja tampal poster semua tu. Dekat RM2,000 juga Tok bayar. Tetapi bila Tok periksa tak ada pun poster.”
Apapun insan ini harus dipuji kerana pernah menjadi individu yang menyemarakkan sistem demokrasi di negara ini.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Kuala Terengganu
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Parlimen
#pilihan raya
#PRU13
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan