awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon bukan Islam faham perjuangan parti, boleh cakap mengenai Islam - Pas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/03/2018
04:53 MYT
Calon bukan Islam faham perjuangan parti, boleh cakap mengenai Islam - Pas
Takiyuddin turut memaklumkan, pusingan kedua pemilihan calon Gagasan Sejahtera bagi kerusi DUN seluruh negara akan dibincangkan pada 5 Mac. - Gambar fail
Calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Pas Pusat (DHPP) yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan dipilih dari kalangan mereka yang boleh bercakap mengenai Islam.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tidak timbul soal calon bukan Islam dari Pas sukar untuk berdakwah mengenai Islam serta memahami dasar perjuangan parti.
Ini kerana, katanya, mereka sudah pun didedahkan mengenai Islam melalui Institusi Latihan Kefahaman Islam (Ilham) yang dikendalikan oleh parti itu sendiri.
"Calon bukan Islam dan bukan Melayu dari DHPP ini sudah memahami Islam dan boleh menerangkan Islam kepada bukan Islam. Mereka boleh bercakap mengenai dasar Islam.
"Cuba dengar Pimpinan DHPP yang ada dalam kerajaan Kelantan sendiri. Mereka bercakap dengan orang Islam dan bukan Islam mengenai Islam yang mereka fahami. Dan mereka akui tidak dipaksa untuk menerima Islam, cuma mereka boleh bercakap mengenai Islam," katanya.
Takiyuddin berkata, bukan perkara baru bagi Pas untuk meletakkan calon bukan Islam bertanding.
Pada PRU13 yang lalu, calon bukan Islam sudah pun ditampilkan di dua kawasan, masing-masing di Melaka dan Johor.
Baru-baru ini, Pas Negeri Sembilan dilaporkan berhasrat meletakkan 11 calon bukan Islam di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen negeri tersebut.
Namun, Pesuruhjaya PAS negeri Mustaffa Daharun berkata, hasrat itu masih lagi dalam pertimbangan Jawatankuasa Pas Pusat, sambil menegaskan, calon bukan Islam yang ingin ditampilkan tidak boleh melebihi bilangan calon Islam.
Takiyuddin turut memaklumkan, pusingan kedua pemilihan calon Gagasan Sejahtera bagi kerusi DUN seluruh negara akan dibincangkan pada Isnin (5 Mac).
Katanya, pusingan pertama pemilihan calon sudah selesai melibatkan kawasan Parlimen seluruh negara.
Tambahnya, senarai muktamad calon Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) belum diputuskan lagi namun semua negeri sudah mempunyai senarai nama calon.
Parti Ikatan juga sudah menghantar senarai nama calonnya di hampir semua kawasan seluruh negara.
Topic Berkaitan
#bukan Islam
#calon
#Islam
#parti
#PAS
#perjuangan
#pilihan raya umum
#PRU14
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan