awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cawangan UMNO disaran tubuh biro IT untuk tangkis fitnah pembangkang

Bernama
Bernama
19/11/2017
23:37 MYT
Cawangan UMNO disaran tubuh biro IT untuk tangkis fitnah pembangkang
AHMAD: Biro itu amat penting di saat PRU14 semakin dekat terutamanya bagi menangkis dakyah pembangkang selain menyampaikan maklumat yang sahih daripada UMNO dan BN. -Gambar fail
Semua cawangan UMNO disaran menubuhkan Biro Teknologi Maklumat (IT) yang antara tujuannya bagi menghadapi fitnah dan pembohongan pembangkang.
Pengerusi Biro IT UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata setakat ini, biro berkenaan ditubuhkan di peringkat UMNO pusat, negeri dan bahagian.
"Biro itu amat penting di saat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin dekat terutamanya bagi menangkis dakyah pembangkang selain menyampaikan maklumat yang sahih daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas bertemu jawatankuasa Biro IT UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini, pada Ahad.
Ahmad berkata semakin hampir pilihan raya, pembangkang akan menabur pelbagai fitnah dan pembohongan bagi mengelirukan rakyat agar membenci kerajaan dan parti.
Beliau berkata perbuatan tersebut perlu ditangkis dengan segera sebelum rakyat mula mempercayai sesuatu yang tidak benar itu.
Katanya penyebaran maklumat palsu itu perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya pihak terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Barisan Nasional
#Biro IT
#Biro Teknologi Maklumat
#Cawangan UMNO
#fitnah
#pembangkang
#pilihan raya
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan