awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cecilia, gadis Iban 'istimewa' tidak sabar balik Kuching mengundi

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
30/04/2016
06:00 MYT
Cecilia, gadis Iban 'istimewa' tidak sabar balik Kuching mengundi
Cecilia turut mengikuti rapat perkembangan politik tempatan. - Foto Astro AWANI / Ridzal Abdullah
Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 yang sedang hangat berlangsung ketika ini turut membangkitkan semangat segenap rakyat negeri itu untuk keluar mengundi bagi memilih wakil mereka pada perayaan meraikan demokrasi.
Peluang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak datang setiap hari, selang lima tahun sekali.
Namun bila tiba masanya tiada alasan lain untuk mereka yang layak mengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab.
"Saya mahu balik Kuching untuk mengundi."
Ringkas ungkapan seorang gadis Iban yang kelainan upaya (OKU), Cecilia anak Bang, 25, yang begitu bersemangat untuk membuang undi, 7 Mei ini.
Cecilia yang mengalami sindrom Down berasal dari Kuching namun kini bekerja di Miri.
Dia merantau ke bandar Miri untuk mencari rezeki dengan bekerja di sebuah restoran di tengah bandar itu.
Di sebalik kelainan yang ada, ia tidak menghalang anak keempat dari lima beradik ini untuk melayan pelanggan restoran berkenaan.
Malah, Cecilia turut mengikuti rapat perkembangan politik tempatan.
Cecilia seperti pengundi-pengundi lain juga sudah mempunyai pilihan parti mana yang akan dipilih pada hari pengundian nanti dan hanya menanti detik untuk meraikan pesta demokrasi di negeri itu.
Proses pengundian bagi 80 kerusi Dun Sarawak bakal berlangsung 7 Mei ini dengan dua lagi kerusi telah dimenangi calon BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada Isnin.
Untuk kisah-kisah menarik seperti gadis Iban ini dan liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Topic Berkaitan
#gadis Iban
#kelainan upaya
#mengundi
#OKU
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan