awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chang Lih Kang sahkan pertahan jawatan Naib Presiden PKR

Bernama
Bernama
09/05/2025
06:30 MYT
Chang Lih Kang sahkan pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Chang berkata proses penamaan calon telah selesai dengan kali ini memperlihatkan minat yang tinggi dalam kalangan ahli untuk bertanding di peringkat tertinggi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR Chang Lih Kang hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam Pemilihan PKR peringkat pusat bagi sesi 2025-2028 hujung bulan ini.

Ringkasan AI
  • Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang, mengesahkan akan mempertahankan jawatannya dalam Pemilihan PKR peringkat pusat bagi sesi 2025-2028.
  • Proses penamaan calon telah selesai, menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan ahli untuk bertanding di peringkat tertinggi.
  • Chang menyambut baik persaingan yang sihat dan menganggapnya sebagai perkembangan positif untuk parti.

Chang yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata proses penamaan calon telah selesai dengan kali ini memperlihatkan minat yang tinggi dalam kalangan ahli untuk bertanding di peringkat tertinggi.
"Saya sudah selesai proses penamaan calon dalam pemilihan parti saya dan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Stesen Pengisian Hidrogen Mudah Alih di sini hari ini.
Ditanya keyakinan beliau untuk mempertahankan jawatan itu memandangkan ramai calon berkaliber dilaporkan akan turut bertanding jawatan sama, Chang berkata beliau menjunjung prinsip demokrasi dalam parti dan amat mengalu-alukan perkembangan berkenaan.
"Saya rasa ini adalah satu perkembangan positif. Lebih ramai (ambil bahagian), lebih meriah. Ini menunjukkan ramai yang berminat untuk melibatkan diri dalam kepimpinan parti, saya rasa ini adalah sesuatu yang bagus," katanya.
Media hari ini melaporkan sembilan pemimpin sudah mengesahkan pencalonan setakat 11 malam tadi bagi perebutan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chang Lih Kang
#pemilihan PKR
#Naib Presiden
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami