awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial

Fareez Azman
Fareez Azman
23/06/2020
06:03 MYT
Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial
Wan Rosdy bersama calon BN, Mohd Sharim bertemu pengundi di Kampung Salong, Chini pada Selasa. Gambar/ Astro AWANI
Barisan Nasional (BN) akan terus memperhebatkan kempen di media sosial sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dalam usaha memastikan pengundi memilih calon parti itu pada 4 Julai depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata beliau yakin kempen melalui media sosial akan membantu calon BN, Mohd Sharim Md Zain.
"Sekarang ini sebab pergerakan kita terhad, semua yang bertanding termasuk BN pun perlu melakukan kempen di media sosial dengan meluas," katanya.
Mengulas mengenai video tular yang memaparkan Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi di DUN itu menyokong calon bebas, beliau berkata itu adalah perkara biasa.
Sementara itu, ujar Wan Rosdy, meskipun yakin kerusi itu akan dipertahankan pada PRK kali ini, namun BN tidak mengambil mudah terhadap calon lain yang bertanding.
"Kita yakin, melihat atas kertas kita ada (sokongan) Muafakat Nasional kerana Pas bersama dengan UMNO dan BN. Namun kita akan terus berkempen dan tidak mengambil mudah tidak kira siapa yang jadi lawan kita.
"Usaha kita akan diteruskan bagi memastikan kita dapat majoriti yang lebih daripada sebelum ini," kata Menteri Besar itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam kempen rumah ke rumah di Kampung Salong di sini, pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#calon Bebas
#Calon BN
#Mahathir Mohamad
#Menteri Besar
#Pahang
#PAS
#Pekan
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Chini
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan