awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CWC MIC diberi kuasa tentukan kerjasama gabungan politik pada PRU15

Bernama
Bernama
03/04/2021
12:51 MYT
CWC MIC diberi kuasa tentukan kerjasama gabungan politik pada PRU15
Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia. - Foto BERNAMA
KLANG: Perhimpunan Agung MIC ke-74 hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bagi menentukan kerjasama dengan mana-mana gabungan politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia.
Saravanan berkata usul tersebut dibentangkan menurut Artikel 6.3 Perlembagaan MIC yang memberi kuasa kepada parti kaum India itu untuk melindungi dan mempromosikan kepentingan politik, ekonomi, pendidikan, budaya dan sosial masyarakat India di negara ini.
Dalam sidang media kemudiannya, Saravanan, yang juga Ahli Parlimen Tapah, menjelaskan CWC hanya akan membuat sebarang ketetapan selepas meneliti keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), suara akar umbi parti dan aspirasi rakyat.
Terdahulu, perhimpunan yang diadakan di Klang itu dirasmikan presidennya, Tan Sri S.A Vigneswaran.
Ia yang diadakan secara hibrid dengan disertai lebih 2,000 perwakilan iaitu 440 secara fizikal dan bakinya secara maya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CWC MIC
#MIC
#kerjasama gabungan politik
#PRU15
#pilihan raya umum
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan