awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
07/06/2023
11:51 MYT
Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Sanusi berkata, tuntutan yang dibuat hanyalah melibatkan kajian semula nilai bayaran pajakan daripada Pulau Pinang yang dirasakan perlu dibayar mengikut kadar semasa. - Fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.
Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, tuntutan yang dibuat hanyalah melibatkan kajian semula nilai bayaran pajakan daripada Pulau Pinang yang dirasakan perlu dibayar mengikut kadar semasa.
Tambahnya, adalah tidak wajar pemimpin yang berada di pihak kerajaan termasuk Perdana Menteri mengambil rujukan daripada laporan yang salah termasuk daripada sebuah portal berita tempatan berkaitan isu berkenaan.
"Mereka tuduh saya hendak suruh pinda (Perlembagaan Persekutuan), saya tidak kata perkara itu, mereka kata Sanusi desak Perlembagaan dipinda, saya tidak pernah cakap di mana-mana, (yang) saya kata (adalah) di atas dunia yang tidak boleh dipinda Al-Quran dan hadis sahaja.
"Saya tidak suruh pinda Perlembagaan (Persekutuan) jadi mereka salah petik, jadi perbincangan di Parlimen atas petikan yang salah, dan semua (mereka) merujuk atas kesalahan itu, jadi semua yang (mereka) cakap itu salah, lain kali tanya saya dulu cakap apa, jadi saya boleh beritahu itu (dan) ini (secara terperinci)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas selesai memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu pemilikan Pulau Pinang di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Sanusi menyifatkan bahawa serangan yang ditujukan kepadanya ketika ini termasuk membabitkan isu kedaulatan Pulau Pinang hanyalah naratif politik perkauman sempit daripada DAP untuk menakutkan penyokong parti berkenaan.
"Itu (semua serangan atau tuduhan ke atas saya) adalah tujuan politik (atau) naratif DAP untuk menakutkan penyokong DAP bahawa kalau tidak undi DAP, negeri ini akan diambil alih oleh Kedah.
"Itu (sebenarnya) naratif DAP, itu politik DAP (yang bercirikan) perkauman sempit untuk menakutkan orang Cina, (jadi) DAP ini (kita) kena tolak, buang (mereka)," katanya lagi.
Beliau juga sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa pihaknya tidak pernah berhasrat untuk mengambil semula Pulau Pinang kerana negeri itu tidak pernah 'terlepas' atau 'hilang' dari Kedah.
Topic Berkaitan
#Pulau Pinang milik Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pinda perlembagaan
#pajakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan