Dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat daripada PAS kononnya beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) mahu menjadi wakil rakyat Bebas adalah tidak masuk akal.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata dakwaan itu hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu perpecahan PAS semata-mata dan merupakan isu lapuk yang sering digunakan PAS selama ini.
"Sebagai Pengerusi BNBBC Terengganu mewakili rakan-rakan yang lain, pendirian kami adalah (dakwaan itu) tidak masuk akal walaupun tidak mustahil untuk mana-mana ADUN BN keluar daripada parti.
"Namun yang menarik perhatian saya ialah sikap 'terbuka' ADUN Chukai itu yang menceritakan segala proses, niat serta strategi orang tertentu tersebut untuk menumbangkan kerajaan BN di Terengganu.
"Dengan menceritakan segala-galanya sudah tentu ia bukan lagi menjadi strategi kerana tiada lagi elemen kejutan dan sekiranya benar ada Adun BN yang akan berbuat demikian, apakah niat ADUN Cukai memaklumkan pada orang ramai melalui akhbar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan ADUN Chukai itu kononnya terdapat usaha beberapa ADUN BN Terengganu yang berjumpa dengannya untuk meminta sokongan ADUN PAS bagi meminta perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mewujudkan kerajaan negeri yang baharu.
Malah Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu mendakwa beberapa ADUN BN itu hanya menunggu masa sesuai untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.
Ketika ini Dewan Undangan Negeri Terengganu mempunyai 17 ADUN BN, 15 ADUN PAS dan seorang ADUN PKR.
Bernama
Thu Aug 27 2015

Hanafiah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu mendakwa beberapa ADUN BN itu hanya menunggu masa sesuai untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas. - Gambar Fail
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Dakwaan ADUN PAS tentang ADUN BN tidak masuk akal - BNBBC Terengganu
Dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat daripada PAS kononnya beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) mahu menjadi wakil rakyat Bebas adalah tidak masuk akal.