Skip to main content

Politik

Dakwaan Anwar hanya 'Sindrom September' - Takiyuddin

71596269238_DatukTakiyuddinHas.jpg
Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'sindrom bulan September'.

Ini kerana menurut beliau, perkara itu pernah berlaku sebelum ini pada 16 September 2008.

"September Syndrome... Previously 16, now 26 (Sept)," katanya ringkas menerusi satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Rabu.

Takiyuddin menegaskan, walau bagaimanapun kuasa kerajaan masih terletak di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar dalam sidang media tergempar hari ini mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Advertisement

Must Watch Video