awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Kerajaan Perpaduan 'main politik' tidak benar - Fahmi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
03/09/2024
09:27 MYT
Dakwaan Kerajaan Perpaduan 'main politik' tidak benar - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menempelak Sanusi yang dianggap lebih banyak bermain politik. - Bernama
KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa kerajaan bermain politik dalam soal pembangunan yang melibatkan negeri ditadbir parti pembangkang adalah tidak benar, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap turun ke negeri-negeri terbabit untuk mempercepatkan pelaksanaan projek penting.
Sebaliknya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menempelak Sanusi yang dianggap lebih banyak bermain politik.
“Kenyataan beliau itu tidak benar. Perdana Menteri bukan sahaja banyak luangkan masa melawat bagi mengenal pasti masalah yang perlu diatasi segera.
“Malah, mempercepat proses untuk melaksanakan projek-projek seperti lawatan beliau ke Rantau Panjang untuk lihat masalah bersebelahan dengan Sungai Golok. Sejumlah perkara dipercepat.
“Saya lihat yang banyak main politik ini Menteri Besar Kedah. Main politik sampai hendak tangkap hari orang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kerajaan Perpaduan pada Selasa.
Tambah Fahmi, Perdana Menteri menyatakan dari awal tidak perlu ada sentimen politik dalam isu pembangunan termasuk di negeri-negeri yang diurus tadbir oleh parti pembangkang.
Menurutnya, Anwar hanya tegaskan aspek tadbir urus dan tatakelola yang baik diutamakan dalam proses pembangunan berkaitan.
Pada Isnin, Sanusi dalam ucapan semasa Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4), mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan masih mengamalkan sentimen politik tebal dengan negeri pembangkang.
Menteri besar Kedah itu berkata, walaupun pembangkang sudah membuka ruang seluasnya untuk bekerjasama tetapi mereka tetap ingin ‘bermain politik’.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pembangkang
#SG4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan