POLITICS
'Dalang kerjasama DAP, PH lebih teruk daripada pembocor rahsia' - Ketua UMNO Bachok

Mohd Zain tidak menafikan kemungkinan mereka yang terlibat adalah orang-orang yang mempunyai kepentingan demi menguntungkan diri sendiri tanpa meletakkan keutamaan parti. - Facebook/Mohd Zain Yasim
KUALA LUMPUR: Sikap pemimpin UMNO yang berunding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan lebih teruk berbanding individu yang dikatakan membocorkan maklumat mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di Janda Baik baru-baru ini.
Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Mohd Zain Yasim berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mendedahkan dalang yang mengadakan rundingan berkenaan kerana ia jelas melanggar prinsip parti, 'No Anwar, No DAP'.
Beliau mendakwa, tindakan Presiden UMNO itu mendedahkan, parti mengenal pasti dua MT yang terbabit membocorkan maklumat mesyuarat, adalah langkah mengaburi mata ahli parti selepas isu beliau dikatakan menandatangani surat persetujuan kerjasama Anwar dan DAP tular baru-baru ini.
"Dari segi ketetapan, mungkin MT tahu di dalam (siapa dalang). Tetapi hakikat sebenarnya kecelaruan ini sukar dibendung.
"Kalau tanya kita pemimpin baharu, kita tidak hendak benda itu (kerjasama UMNO bersama Anwar dan DAP). Bukan mudah kita hendak yakinkan masyarakat akar umbi nak bersama dengan Anwar dan DAP. Kita sebagai orang Melayu pun alergik dengan mereka.
"Lagipun kalau PRU15 (Pilihanraya Umum ke-15) dalam masa terdekat tidak boleh buat apa dah, lagi merosakkan (UMNO) adalah kalau kita dikaitkan dengan DAP," katanya semasa dihubungi pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami