awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP kecam perarakan diketuai Ketua Pemuda UMNO, arah laporan polis dibuat

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/08/2025
03:20 MYT
DAP kecam perarakan diketuai Ketua Pemuda UMNO, arah laporan polis dibuat
Anthony berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga terbabit, sedangkan siasatan masih dijalankan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh, mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas semalam, walaupun telah diberi amaran oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang supaya tiada perhimpunan diadakan.

Ringkasan AI
  • DAP kecam perarakan diketuai Ketua Pemuda UMNO: Anthony menyifatkan tindakan Akmal Salleh sebagai buli dan ugutan terhadap peniaga, serta mencabar amaran polis dan ketenteraman awam.
  • Arahan laporan polis oleh DAPSY: DAP mengarahkan laporan dibuat di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah, kenyataan mengaibkan dan gangguan awam.
  • Jalur Gemilang perlu dihormati, bukan dijadikan alat tekanan: Anthony menegaskan bahawa simbol negara wajib dikibarkan dengan betul, namun tindakan membuli bukanlah penyelesaian yang wajar.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga terbabit, sedangkan siasatan masih dijalankan dan individu berkenaan telah memohon maaf berhubung kesilapan pemasangan bendera.
“Tindakan mengabaikan amaran pihak polis adalah perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam, sehingga menyebabkan peniaga di sekitar kawasan itu gusar dan terpaksa menutup premis lebih awal.
"Perbuatan tersebut melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum di Malaysia, justeru hukuman setimpal perlu dikenakan," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Loke turut mengarahkan Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap kejadian itu di bawah beberapa peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 503, 504, 505, 507B dan 507C Kanun Keseksaan, yang melibatkan kesalahan menakutkan secara jenayah, mengeluarkan kenyataan mengaibkan, mendatangkan khianat awam, serta menyebabkan gangguan, ketakutan atau kebimbangan kepada mangsa.
Anthony menegaskan Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara wajib dikibarkan dengan betul dan penuh penghormatan, namun tindakan mengugut dan membuli bukanlah jalan penyelesaian.
Pada Khamis, kira-kira 500 ahli dari UMNO, Pas dan Bersatu mengadakan Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku di Bertam, Kepala Batas, sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Kumpulan yang diketuai Muhamad Akmal itu berkumpul di tapak Pasar Malam Pekan Kepala Batas sebelum berarak sehingga ke Jalan Bertam Perdana.
Mereka berarak kira-kira 15 minit sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan melaungkan “pertahan Jalur Gemilang”.
Topic Berkaitan
#DAP
#UMNO
#Akmal Salleh
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan