awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP serahkan laporan penyata tahunan kepada RoS

Bernama
Bernama
07/12/2017
09:25 MYT
DAP serahkan laporan penyata tahunan kepada RoS
DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). - Gambar fail
DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas mengadakan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) menerusi kongres khas pada 12 Nov lalu.
Selain itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke turut menyerahkan dua Penyata Kira-kira bagi tahun tutup 31 Dis 2015, dua salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2017 dan tiga salinan senarai nama ahli-ahli CEC bagi tahun 2017 kepada wakil RoS, selain laporan auditor diserahkan pada 27 Nov lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Loke berkata penyerahan dokumen-dokumen ini merupakan proses lengkap selepas pemilihan diadakan seperti yang diarahkan RoS, dan berharap jabatan itu akan berpuas hati serta mengembalikan status DAP secara biasa secepat mungkin.
"Beberapa aduan yang dikemukakan oleh ahli-ahli DAP yang menggesa RoS menyiasat pemilihan semula CEC adalah tidak berasas kerana pemilihan itu mengikut undang-undang dan syor yang dikemukakan RoS," katanya.
Antara aduan adalah kertas undi tidak mempunyai nombor siri dan senarai perwakilan tidak dikemas kini.
Mengenai cadangan Pakatan Harapan yang sepakat melantik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim, Loke berkata DAP masih memilih bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri interim sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum ke-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#Mahathir Mohamad
#Mesyuarat Agung Tahunan 2017
#Pakatan Harapan
#ros
#Setiausaha Organisasi DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan