BUTTERWORTH: DAP hari ini memberi jaminan tidak akan membenarkan pindaan semula terhadap Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata Setiausaha Agung parti Anthony Loke turut tidak bersetuju untuk meminda perlembagaan negeri ini bagi membolehkan seseorang Ketua Menteri memimpin Pulau Mutiara itu tanpa sebarang had tempoh.
"Saya tidak tahu siapa yang membuat cadangan ini tetapi semestinya DAP tidak akan membenarkan ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Operasi Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan wujud usaha untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan bekas ketua menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal dilantik semula ke jawatan berkenaan.
Pada 2018, Persidangan DUN Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2018 untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.
Ditanya mengenai dakwaan barisan Exco bayangan kerajaan negeri sudah dimuktamadkan, Chow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang memberitahu ia hanya akan dibentuk selepas memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos ini.
"Kalau menang dan saya boleh angkat sumpah menjadi Ketua Menteri barulah boleh fikir mengenai barisan Exco kerana melibatkan semua parti yang menang, bukan hanya DAP," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), DAP bertanding 19 kerusi DUN di Pulau Pinang dan menang kesemua kerusi berkenaan.
Turut hadir majlis hari ini ialah pemimpin veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan calon PH DUN Perai Datuk Seri S. Sundarajoo.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Chow berkata Loke turut tidak bersetuju untuk meminda perlembagaan negeri ini bagi membolehkan seseorang Ketua Menteri memimpin Pulau Mutiara itu tanpa sebarang had tempoh. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
DAP tidak benarkan pindaan semula perlembagaan negeri untuk tempoh jawatan ketua menteri
DAP hari ini memberi jaminan tidak akan membenarkan pindaan semula terhadap Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.