KUALA LUMPUR:Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, walaupun ada dalam kalangan ahli politik menyatakan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin namun ia bukanlah ukuran sebenar sokongan kerana kenyataan sebegitu tidak menepati proses perundangan.
“Sebab itu saya kata dalam proses perundangan perlu ada ‘rule of law’. Jadi bolehkah seseorang kata Kerajaan dah jatuh. Semua orang boleh cakap kerajaan dah jatuh, dah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.
“Tetapi adakah kenyataan-kenyataan itu menepati proses perundangan kerana jatuhnya kerajaan itu adalah berdasarkan proses perundangan.
“Ia bukan sekadar cakap tetapi tiada bukti perundangan,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Tambahnya, jika hanya bersandarkan kepada kenyataan ahli politik mendakwa kerajaan sudah tumbang kerana hilang majoriti, maka mudahlah mana-mana kerajaan dalam dunia diruntuhkan begitu sahaja.
Dr Shamrahayu berkata, kenyataan sebegitu sebenarnya membuatkan rakyat keliru sedangkan mengikut undang-undang, kerajaan masih belum tumbang.
“Dari apa yang ada sekarang, kepercayaan majoriti itu masih ada. Nipis atau tebal, sikit atau banyak tidak ada masalah dari segi perundangan.
“Walaupun satu, ia tetap dikira sebagai majoriti tetapi kalaulah dibuktikan secara perundangan bahawa sokongan majoriti telah berpindah kepada pihak lain maka ia adalah menepati proses perundangan.
“Pada saya, orang yang menghormati undang-undang tiada masalah untuk menerima kedaulatan undang-undang,” ujarnya.
Astro AWANI pada Sabtu melaporkan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Pendirian Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menyaksikan kerajaan PN ketika ini memiliki sokongan 110 daripada 220 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ridauddin Daud
Mon Jan 11 2021

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, walaupun ada ahli politik menyatakan menarik balik sokongan kepada Muhyiddn. - Gambar fail

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Vaksinasi penting untuk kembali pulihkan ekonomi - MOSTI
Apabila imuniti kelompok tercapai maka penularan COVID-19 akan dapat dikawal kerana majoriti penduduk sudah memiliki ketahanan terhadap virus itu.

Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.