awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dira serah borang pencalonan Ketua Puteri UMNO esok

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/02/2023
15:34 MYT
Dira serah borang pencalonan Ketua Puteri UMNO esok
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar akan menghantar borang pencalonan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pada Jumaat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar akan menghantar borang pencalonan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO pada Jumaat.
Khabar terbaharu itu sekali gus mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu bakal berentap dalam perebutan jawatan tersebut.
"Saya hanya nak maklumkan dengan semangat demokrasi dalam parti ini, saya, Dira Abu Zahar tawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia," katanya.
Menurutnya, sudah banyak kali beliau diajukan soalan tersebut namun beliau memutuskan untuk membuat pengumuman itu pada malam ini.
"Saya memang banyak ditanya tetapi malam ini baru saya (saya maklumkan). Dah selesai fasa pengurusan, aturan kita kena ikut. Walaupun nak tawarkan diri tetapi perlu ada demokrasi.
"(Persaingan berapa penjuru?) Tak pasti... tapi mengikut makluman Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), beliau dah beritahu ada empat calon.
"Tetapi tak pasti termasuk saya atau tidak. Insya-Allah, harap baik-baik pada semua calon bertanding," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato' Onn pada Khamis.
Katanya lagi, hasrat bertanding itu juga telah disampaikan kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.
"Pengurusan pemakluman, sembah maklum dah selesai dan berjalan dengan lancar. Kita dah maklumkan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO sekarang.
"Kita juga dah maklumkan kepada Presiden dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka iaitu Datuk Rauf (Datuk Ab Rauf Yusoh).
"Alhamdulillah, semua dah maklum, dan baru lah saya beritahu (hasrat bertanding)," ujarnya.
Topic Berkaitan
#calon Ketua Puteri UMNO
#Dira Abu Zahar
#Khaidirah Abu Zahar
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan