Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan pengkritik manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) sebagai ‘berotak sempit’.
Beliau yang juga merupakan pemimpin kanan Pas, menegaskan manifesto yang baharu dilancarkan gabungan parti itu baru-baru ini, cukup ‘rencah’ Islam dan sempurna.
“Apabila Gagasan melancarkan Manifesto Malaysia sejahteranya (Peringkat Pertama), kamu (baca Amanah) segera melancang, mana hudud? Pas bohong, penunggang ugama!
“Fahamilah manifesto itu dengan teliti. Kamu akan temui semua sekali daripada ajaran Islam. Islam yang sempurna, menyeluruh dan bersifat sejahtera dan sederhana,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya pada Selasa.
Pas yang menerajui Gagasan Sejahtera (Berjasa, Ikatan) pada Ahad lalu melancarkan manifesto mereka di Cyberjaya.
Namun selepas dilancarkan, beberapa pihak kemudiannya menimbulkan persoalan mengenai kedudukan hudud di dalam manifesto mereka.
Antara pihak yang membangkitkan ialah Pengarah Syariah Amanah, Zolkharnain Abidin berkata, tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dalam tawaran Gagasan Sejahtera.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, ‘semuanya ada dalam manifesto mereka’.
“Akidah yang benar, ibadah yang sahih, akhlak yang luhur, undang-undang Islam yang adil, pemerintahan yang bersih berintegriti dan kehidupan rakyat yang makmur sejahtera.
“Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahagian gagasan Islam sempurna yang ditawarkan oleh Pas demi Malaysia yang lebih baik selepas PRU14 nanti,” katanya.
Katanya lagi, malang, akal sesempit tempurung otak. Tempurung untuk otak, bukan untuk akal. Akal biarlah luas seluas Islam.
“Berpuluh tahun Pas berjuang menerang dan menerangi, anda masih di kelas peralihan, tak naik naik. Lebih tak ‘menahan’, Amanah, terus jatuh kelas.
"Daripada faham bertahun-tahun, tiba-tiba jadi tak faham. Gejala DAP apakah ini? Kan haru guru menggaru?,” sinisnya.
Sinar Harian
Tue Mar 20 2018
NIK MOHAMAD ABDUH: Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahagian gagasan Islam sempurna yang ditawarkan oleh Pas demi Malaysia yang lebih baik selepas PRU14 nanti. - Gambar fail
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Bharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.