awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dulu bukan main memekik 'Puchong' dan 'Simpang Renggam' - Najib

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2018
08:20 MYT
Dulu bukan main memekik 'Puchong' dan 'Simpang Renggam' - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mempersoalkan bila masanya kerajaan mahu menghapuskan tol seperti mana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mempersoalkan bila masanya kerajaan mahu menghapuskan tol seperti mana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Melalui status terbaharunya di laman Facebook, Najib mengatakan beliau juga hairan dengan Ahli Parlimen Puchong dan Simpang Renggam yang sebelum ini didakwa lantang memperjuangkan isu berkenaan.
"Hari ini dah jadi kerajaan, baru cakap mustahil lebuh raya tanpa tol. Bukan main memekik 'Puchong' dan 'Simpang Renggam' sampai buat video dan poster berjuta-juta orang like dan tonton. Hari ini, apa cerita? Inilah yang berlaku bila berjanji bukan ikhlas untuk rakyat tapi semata-mata tamakkan kuasa," katanya di Facebook hari ini.
Najib juga kecewa kerana beliau dan kerajaan sebelum ini dipersalahkan walaupun ada beberapa tol yang telah dihapuskan.
"Dulu sebelum jadi kerajaan, janji hapus tol. Siap kata kerajaan cuma perlu berapa ringgit je untuk buat sedemikian. Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah. Tapi Kerajaan BN dan saya Najib Razak yang dipersalahkan, walhal hampir setiap tahun saya umum hapus tol di beberapa kawasan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Facebook
#kerajaan
#Manifesto
#menteri
#Najib Razak
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#Puchong
#rakyat
#ringgit
#tol
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan